Search

“Jadi, awak baling helmet dan...”
Aku adalah ...

  • Share this:

“Jadi, awak baling helmet dan...”
Aku adalah mangsa dan Leo Gabriel sebagai saksi. Nak tak nak kenalah ke balai, buat report!
“Tepat terkena kepala dia.”
“Dan dia jatuh?”
“Ya, tuan.”
“Awak makan apa sampai tangan awak ni boleh jadi begitu kuat?”
Eh, encik polis ni...
“Saya bekas pemain lempar cakera, tuan. Wakil negeri.”
“Patutlah. Suspek ni, memang dikehendaki. Dia selalu meragut kat kawasan tu. Kami tak pernah berjaya nak tangkap dia. Terima kasih kepada awak, Cik Yang Marean. Tindakan pantas awak telah berjaya membantu kami untuk menangkap suspek.”
Kembang-kempis hidung aku. Bangga.
Yang kat sebelah aku tu pun...
Kembang-kempis juga hidung dia. Marah.
Manalah dia tak marah...
Selama ini...
Aku dah menipu dia.
Aku nak jaga periuk nasi aku.
Dia tak apalah...
Periuk nasi dia ada banyak!
LG ada, Philip ada, Panasonic ada!
“Saya nak buat pengakuan sekarang...”
Leo Gabriel pandang aku. Aku hentikan dia daripada masuk ke dalam kereta. Muka dia... MasyaAllah. Macam makan Samyang. Aku yang kena ganyang kejap lagi...
“Alang-alang ada kat balai... Boleh kita settle terus.”
Langkah Leo Gabriel terhenti. Dia pandang aku. Aku pun menarik nafas.
“Ya, memang saya yang baling kasut tu. Tapi, saya baling dengan niat nak tangkap peragut tu. Saya tak pernah tersasar sebelum ni. Malangnya, awak... Masa tu baru keluar dari kereta dan...”
Aku buat isyarat...
Baling dan...
Pengsan.
Tak mampu nak cakap.
Leo Gabriel mengeluh sikit.
“Awak nak cakap silap sayalah... Sebab saya keluar dari kereta dan tak tengok kiri kanan. Macam tu? Logik ke kalau keluar dari kereta kena tengok kiri kanan? Saya bukannya melintas. Saya nak keluar dari kereta dan beli kopi.”
Dah tu, takkan nak salahkan Tuhan pula?

#cintatakjangka


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts